
Sulit
4 tahun
Kerap sakit kepala bahagian belakang belah kiri sewaktu sujud di dalam solat
Saya wanita berumur 17 tahun dan saya sering sakit kepala dalam dua minggu ni dibahagian belakang belah kiri ketika sujud dalam solat dan bila waktu tunduk.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala anda boleh disebabkan:
- Migrain - pencetusnya boleh disebabkan kafein, coklat, keju, makanan bergula tinggi
- Sakit kepala tegang - akibat stres
- Sindrom Pra-menstruasi
- Kesan ubat seperti pil perancang
- Tekanan darah tinggi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.