
Sulit
4 tahun
Kerap sakit kepala dan pening yang berulang
hi doktor, saya kerap sakit kepala terutamanya dibahagian belakang kepala dan juga berdenyut sehingga ke dahi dan kening. terkadang terasa sakit hingga belakang telinga. dan lebih terasa sakit bila saya berbaring dan sukar untuk tidur. terasa ada yang menekan dan berat dikepala. kadang mengganggu aktiviti harian saya dan buat saya tidak selesa. saya akan ambil penadol bila terlalu pening dan sakit kepala tu kurang tapi nanti akan berulang semula rasa sakit itu selepas beberapa jam. adakah ini disebabkan stress atau berkaitan kanser otak ? tq.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan gejala anda, seperti:
- Migrain
- Tension headache (boleh disebabkan stres)
- Kurang rehat/tidur
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
- Tekanan darah tinggi
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Terdapat benda di dalam ruangan kepala/tengkorak (space occupying lesion)
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang dialami oleh anda. Disebabkan anda mengalami masalah ini pada hampir setiap masa dan ia mengganggu tidur dan aktiviti anda, kami sarankan anda berjumpa doktor dengan segera kerana masalah ini memerlukan perhatian oleh anda dan doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami mengenai masalah yang dialami. Terima kasih.