
Sulit
5 tahun
Kerap sakit kepala ketika datang bulan
Sebelum ini kitaran haid saya tidak menentu,dan saya juga ada berjumpa dengan dokter pakar sakit puan di sebuah hospital swasta.disitu saya ade mendapatkan rawatan daripada pakar sakit puan.
Selepas beberapa tahun saya sudah lama tidak mendapatkan rawatan lanjut daripada dokter.kitaran haid saya kadang kala tidak menentu serta bila sekali datang menunjukkan ketidakstabilan saya oleh kerana darah haid saya sangat banyak keluar…tetapi sejak PKP ini haid sy makin stabil serta berjalan seperti biasa akan tetapi ketika haid yang melanda diri saya ini…saya mengalami sakit kepala.Apakah petanda begini dokter?minta pencerahan oleh kerana umur saya sudah 30an dan belum berkahwin.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.