Sulit
5 tahun
Kerap sakit kepala tidak kira waktu
hi dokter, saya berusia 32thn…saya kerap sakit kepala.hampir setiap minggu mesti muncul sakit kepala…sakit kepala yang teramat sangat…berdenyut-denyut terasa seperti mau pecah…ianya muncul 2 atau 3hari baru membaik…kalau buat kerja rumah pon ada masa saya mudah gelap mata.kalau terasa panas pon mudah gelap kepala…naik kereta dan tidak pasang air-cond pon sy boleh jadi gelap mata…kadang2 waktu tidur pon boleh sakit kepala…kalau buat aktiviti atau senaman pon sy mudah gelap mata…nadi jantung saya akan menjadi laju…disaat sy mencoretkan masalah ini pon sy sedang mengalaminya…saya hanya mampu tahan dan biarkan ianya baik sendiri kerana makan ubat tahan sakit pon tidak baik juga…kenapa ya dokter…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit kepala. Untuk makluman anda, sakit kepala boleh disebabkan oleh banyak perkara samada ianya serius ataupun tidak. Antaranya:
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- kurang rehat atau tidur
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Memandangkan sakit kepala yang anda alami sudah semakin kerap sehingga tidak kira waktu, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengenal pasti puncanya agar rawatan dapat diberikan kepada anda.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih


































