
irhamnihaziqi
6 tahun
Kesan CT Scan kepada diri
Hi Doktor,
Saya nak tanya, jika kita menggunakan CT Scan untuk memeriksa sakit kepala, adakah ia meningkatkan risiko kanser kepala? Mohon pencerahan

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
CT scan atau dalam istilah penuhnya adalah Computerized Tomography scan menggunakan kombinasi sinaran X-ray untuk membantu doktor melihat struktur organ, tisu atau otot dengan lebih teliti. Biasanya Ct scan digunakan untuk mengesan sebarang abnormaliti seprti ketumbuhan kanser pada mana mana bahagian tubuh. Radiasi yang dipancarkan dalam CT scan adalah dalam kandungan yang sangat rendah dan tidak membahayakan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma sekiranya anda mempunya pertanyaan lanjut tentang masalah kesihatan anda. Terima kasih.