
Sulit
4 tahun
Kesan Sampingan Ubat atau Penyakit Mental
Saya seorang wanita berusia 27 tahun dan telah menjalani rawatan psikiatri sejak 2016. Saya disahkan menghidap skizoafektif disorder iaitu skizofrenia with depression. Ubat yang saya makan sekarang ialah Seroquel, epilim, artane dan sertraline.
Ingatan saya agak lemah sekarang lebih-lebih lagi sejak masuk wad kali kedua pada awal tahun lepas.
Soalan saya, adakah masalah ingatan yg saya alami ini berpunca daripada penyakit ataupun kesan sampingan drpd pengambilan ubat-ubat tersebut dan bagaimana cara untuk mengatasinya.
Lagi satu saya nak tanya, betul ke kalau kita minum air kelapa, ia akan menyingkirkan segala ubat-ubatan yg kita ambil dalam darah kita.
Itu sahaja. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami pada masa ini. Untuk maklumat anda, penyakit skizofrenia, skizoafektif serta beberapa penyakit mental yang lain berupaya untuk mengubah daya ingatan pesakit tersebut.
Antara cara untuk menguatkan memori atau mengingat apa yang telah terjadi atau lakukan adalah:
- Sentiasa bersama dengan orang-orang yang memberikan sokongan dan impak positif kepada diri anda
- Menulis tentang apa yang anda telah lalui
- Sentiasa mengambil ubat-ubatan yang telah diberikan oleh doktor
- Melakukan perkara yang mendatangkan perasaan gembira dan ceria kepada diri anda
Untuk menjawab persoalan kedua, air kelapa tidak dapat menyingkirkan ubat-ubatan yang anda ambil. Ubat-ubatan itu akan disingkirkan setelah beberapa ketika melalui proses metabolisme.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas daripada doktor kami. Terima kasih.