Sulit
3 tahun
Kesan supliment kepada pesakit tiroid
Saya adalah pesakit tiroid… Bolehkah saya mengambil supliment berasaskan ekstrak halia hitam/kunyit hitam yang mengandungi bahan aktif seperti Methoxyflavone dan Bioflavonoids.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, bahan aktif Methoxyflavone dan Bioflavonoids merupakan bahan yang mempunyai kompound yang sama, iaitu Flavonoids, yang merupakan sejenis vitamin semula jadi yang terdapat pada sesetengah makanan tumbuhan yang mempunyai perwarna semula jadi.
Terdapat beberapa kajian yang mengatakan bahawa bahan flavonoids ini boleh mempengaruhi rembesan hormon tiroid dengan menghalang aktiviti enzim Thyroperoxidase. Namun, halangan yang berlaku secara langsung tersebut boleh memberi risiko kepada rembesan hormon TSH (Thyroid stimulating hormone) yang berlebihan dan boleh menyebabkan Goitre.
Kelebihan makanan tambahan ini atas pesakit tiroid adalah bergantung kepada jenis penyakit tiroid yang dihadapi. Oleh itu, kami sarankan anda menerima nasihat lebih lanjut daripada doktor anda mengenai penggunaan makanan tambahan ini atas penggunaan untuk melegakan simptom masalah tiroid anda. Sila dapatkan rawatan yang sewajarnya daripada pihak hospital anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.