
Sulit
3 tahun
Keselamatan dan kesan vaksin covid-19 untuk orang yang mempunyai buah pinggal tunggal (1 buah pinggang)
Saya wanita berumur 24 tahun, saya dilahirkan dengan 1 buah pinggang sahaja… bolehkah saya divaksin dan adakah vaksin tersebut tidak akan membahayakan buah pinggang saya?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Untuk makluman anda, vaksin Covid-19 selamat diberikan kepada golongan dewasa berumur 18 tahun dan ke atas. Kontraindikasi untuk penerimaan vaksin ialah :
- Sejarah alahan teruk terhadap ubat-ubatan
- Individu mengalami jangkitan akut sewaktu menerima vaksin
Selain 2 situasi ini, vaksin boleh diberikan tanpa kesan yang teruk kepada penerima vaksin. Oleh itu, anda tidak perlu risau mengenai pengambilan vaksin. Sebelum menerima vaksin, anda harus memberitahu petugas kesihatan di pusat pemberian vaksin mengenai sejarah perubatan anda. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi talian JKJKAV di 1800-888-828 atau anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini