
Sulit
3 tahun
Kesihatan Mental yang menganggu
Saya rasa sedih setiap Hari. Saya tiada keinginan . Saya Ada masalah tidur sama Ada terlebih tidur atau kurang tidur. Kalau saya tidur sekalipun, rasa Tak tenang. Saya Tak dapat fokus dalam pembelajaran. Semua kerja jadi susah. Kepala saya blur. Saya Tak dapat berfikir. Selera makan Saya kurang. Saya Tak minat dengan apa Saya buat Dan belajar sekarang ini. Saya sekarang rasa Tak nak buat apa-apa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, anda sedang mengalami kemurungan. Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah ser ta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau ber tahun-tahun.
Antara gejala-gejala kemurungan adalah:
• Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan
• Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti
lain yang biasanya mendatangkan keseronokan
• Cepat rasa letih dan tidak ber tenaga
• Perasaan pesimistik dan mudah putus asa
• Perasaan bersalah
• Rasa diri tidak berguna
• Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur
• Hilang selera makan dan penurunan berat badan
• “Rasa lebih baik mati”, kadangkala diser tai dengan percubaan
bunuh diri
• Rasa tidak tenteram dan mudah marah
• Kurang daya tumpuan dan ingatan
• Sukar membuat keputusan
• Simptom fisiologi seper ti sakit kepala, sakit-sakit badan dan
gangguan penghadaman
• Kurang nafsu seksual
• Pergerakan menjadi terhad/ kaku atau menjadi resah gelisah
• Mudah cemas atau fobia
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Anda juga boleh melayari hotline di bawah untuk bantuan:
- Malaysian Mental Health Association
- Any mental health issue
- Qualified mental health professionals
- Language: English, Malay, Chinese
- Hotline: 03-27806803
- MyCareCov19
- For emotional support
- Government established
- Email: mycarecov19@islam.gov.my
- Language; Malay
- Hotline: 03-8870 519/7527/7528
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor