
Sulit
4 tahun
Kesukaran membuang air besar dan sakit di bahagian bawah kiri perut
Setiap kali membuang air besar saya berasa tidak lawas dan memerlukan sokongan(tangan) untuk mengeluarkan najis. Adakah perkara ini berbahaya dan saya juga sering sakit di bahagian kiri perut.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat kemungkinan anda mengalami masalah sembelit. Masalah sembelit biasanya disebabkan oleh:
- Kurang makan makanan mengandungi serat seperti buah-buahan dan sayur sayuran
- Dehidrasi akibat kurang minum air
- Kurang aktif
- Sering menahan keinginan untuk ke tandas
- Stress
Selain disebabkan sembelit, masalah ini juga boleh berpunca daripada:
- Penggunaan ubat ubatan
- Masalah saraf
- Ketumbuhan dalam usus
- Kesan strok
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.