Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kesukaran membuang air kecil

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: November 25, 2020 2:17 AM

Sulit 53 hari

hi doctor, saya lelaki 18 tahun pagi tadi saya merasakan kepedihan di hujung saluran zakar ketika membuang air kecil. Awalnya saya tidak merasa apa², selepas saya memeriksa, saya mendapati terdapat seperti luka dibahagian hujung saluran air kencing. Saya juga mendapati ia nya seperti sering melekat sehingga menutup saluran air kencing, dan saya membuat andaian bahawa ia nya punca saya berasa pedih ketika membuang air kecil. Jadi, apakah sebenarnya yang berlaku doctor, dan apakah jalan penyelesaiannya? ianya amat menyakitkan.

Dr Sri Viknarajan 53 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.

Pastikan kebersihan alat kelamin anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.

Kepedihan di hujung saluran zakar ketika membuang air kecil boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:

  • luka pada lubang saluran kencing (baca: external urethral orifice injury)
  • jangkitan kuman (i.e. gonorea, urinary tract infection, dll.)
  • gangguan anatomi

Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Urologist kami sedia membantu.

Untuk mencari jalan penyelesaian, langkah pertamanya adalah untuk mendapatkan working diagnosis yang lebih tepat. Untuk itu, anda perlu berjumpa dengan doktor, agar pemeriksaan fizikal dan pertanyaan tersasar boleh dilaksanakan dengan lebih rinci. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.

Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Nov 25 2020 02:17:36 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Urologi tentang masalah kencing secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Sulit
Alat sulit rasa pedih Saya wanita berumur 24 tahun. Kebelakangan ini saya kerap kencing. Hampir setiap jam saya akan ke tandas. Ada kala saya ke tandas dalam jarak yg sangat dekat seperti 15 min kemudian. Kejadian ke… Baca lagi...
7 hari
Sulit
Tahan kencing dan kerap kencing Saya lelaki berumur 19 tahun sebelum ni saya kerap tahan kencing. Sejak kebelakangan ini saya rasa saya kerap ke tandas untuk buang air kecil adakah saya mengalami penyakit ? Baca lagi...
27 hari
Sulit
Rasa tidak selesa pada zakar Rasa mcm nk kencing sentiasa.dan xselesa…hanya tahan but xada pun air kencing… Baca lagi...
12 hari
Sulit
Sakit mencucuk di bahagian bawah perut Saya berumur 26 tahun dan sudah berkahwin. Sejak berumur 17 tahun saya mengalami masalah kitaran yang tidak menentu. Namun sejak saya mengamalkan senaman yang agak intensive dan turun berat bada… Baca lagi...
7 hari
Sulit
Simptom hamil ataupun sakit? Saya umur 24 tahun dan baru 1 bulan berkahwin. Sekarang saya kerap ke tandas. Hampir setiap masa tapi kuantiti air kencing sedikit, mudah penat, pening dan kemaluan saya kering adakala pedih tet… Baca lagi...
7 hari