
yanasam83
5 tahun
Ketuat yang banyak di tapak kaki
Saya perempuan 20tahun, ketuat di tapak kaki kanan saya semakin hari semakin banyak sehingga kini hampir 30 bijik ada, ia membuat kaki saya makin sakit untuk berjalan dan kadang2 sangat gatal, saya pernah guna ubat asid yg doctor di klinik bagi tapi sama sahaja, apa yang perlu saya buat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Virus yang menyebabkan ketuat iaitu human papillomavirus, hanya menjejaskan lapisan pada dangkal kulit, menghasilkan pertumbuhan seperti kulit keras yang tebal. Rawatan lain termasuklah:
- Cryotherapy yang dilakukan di klinik atau hospital melibatkan penggunaan nitrogen cecair kepada ketuat, sama ada dengan semburan atau swab kapas.
- Pembedahan minor
- Prosedur menggunakan laser
- Penggunaan “trichloroacetic acid”
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.