
Izzatulshima
2 tahun
Ketulan dalam kelopak mata
Saya ibu kepada seorang kanak kanak perempuan berumur 2 tahun 8 bulan. Ketika berusia 2 tahun, saya perasan ada ketulan kecil dalam kelopak kanan mata anak saya (dibahagian atas). Ia seperti ketumbit, tapi bila saya check, ia cuma kemerahan (tak ada tanda seperti ketumbit atau bernanah)
Saya sudah berjumpa pakar di hospital Selayang, tapi doktor yang merawat bagitahu tak ada apa yang perlu dibimbangkan.
Cuma ketulan didalam kelopak masih ada, kadang besar, ada masa dia kecut. Tapi masih ada. Patutkah saya ke hospital semula dan rujuk pada pakar?
Adakah ianya tanda tanda kanser mata?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketumbit (stye) - disebabkan oleh jangkitan kuman pada kawasan bulu mata
- Chalazion - penakungan minyak pada kelenjar kelopak mata
- Xanthelasma - muncul akibat adanya timbunan lemak yang disebabkan oleh tingginya kolesterol dalam darah yang kemudian ‘dibuang’ di jaringan bawah kulit ( terjadi di kalangan usia 40-50 tahun)
Manakala,kanser mata tidak selalunya menyebabkan gejala atau tanda-tanda yang jelas dan selalunya boleh dikenal pasti semasa ujian mata rutin. Gejala-gejala ini juga boleh disebabkan oleh penyakit mata yang lain, jadi ia tidak semestinya tanda-tanda kanser. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mendapatkan pemeriksaan daripada doktor secepat mungkin sekiranya mempunyai simptom-simptom seperti:
- ternampak bayang-bayang, kelip-kelip cahaya, atau garis-garis selari dalam penglihatan anda
- penglihatan kabur
- tompok gelap di mata semakin besar
- kehilangan penglihatan sebahagian atau keseluruhan
- membonjol satu mata
- satu benjolan di kelopak mata atau dalam mata yang semakin membesar
- sakit di dalam atau sekeliling mata, walaupun ini jarang berlaku
Anda disarankan untuk berbincang dan mendapatkan nasihat daripada doktor sekiranya anda masih risau tentang keadaan anak anda.Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anak anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan perlu dijalankan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih