Sulit

3 tahun

Ketulan dalam perut sebelah kiri bawah

Saya gadis berumur 21 tahun . Saya merasa ada ketulan didalam perut saya bahagian kiri bawah . Dari luaran tiada sebaramg benjolan timbul . Tetapi apabila meletakkan tangan dibahagian tersebut atau menekean sedikit akan terasa ada ketulan di perut bahagian tersebut . Ketulan tersebut hanya ada dibahagian kiri dan kanan tiada . Ia juga tidak sakit apabila ditekan . Hanya terasa ada ketulan sahaja . Saya juga mempunyai masalah sembelit sentiasa . Yang mana sudah bertahun saya susah membuang air besar (mungkin atas faktor pemakanan saya) . Saya akan membuang air besar selang tiga atau empat hari . Selain itu, period saya juga sejak bulan 2, 2020 mula berasa sakit sangat setiap kali datang bulan . Berbalik kepala ketulan tersebut, saya telah menyedarinya sudah beberapa bulan lalu dan masih tiada tindakan diambil. Persoalannya, adakah perkara ini berbahaya atau biasa sahaja? Perlukah saya berjumpa doktor mengenai masalah ini atau ia adalah perkara yang tidak perlu dibimbangkan? Terima kasih dr

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah ketulan pada perut bahagian kiri bawah serta menghadapi masalah sembelit yang berlaku bertahun lamanya. Kemungkinan simptom-simptom yang anda alami di atas mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak.

Namun pada pendapat kami, anda mungkin menghadapi masalah usus kerana simptom-simptom anda lebih berkait dengan masalah penghadaman.
Terdapat beberapa penyakit yang boleh menjelaskan masalah anda iaitu:

  • Penghasilan absess pada ruangan usus
  • Kanser usus
  • Penyakit keradangan usus Chron’s
  • Penghasilan sista dalam ruangan usus
  • Diverticular disease : lebih kepada masalah sembelit.
  • Ketumbuhan polip dalam usus (Familial Adenomatous Polyposis) yang berisiki tinggi untuk menghidap kanser usus.

Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.

Mengenai senggugut yang terlalu sakit anda, kemungkinan ia adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon serta masalah lain. Namun, gejala sakit abdomen bahagian bawah boleh berkait dengan senggugut sekiranya seseorang itu menghidap penyakit sista ovari atau kanser ovari pada satu belah. Namun, mereka juga akan mengalami simptom lain seperti haid tidak teratur, darah berlebihan atau tidak berdarah ketika haid, serta keputihan berwarna coklat.

Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda dengan kadar yang segera kerana perkara ini telah berlarutan setelah sekian lama dan selalunya kanser merupakan penyakit yang progresif dan susah untuk dikawal.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda hari ini.

70213041

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (10)