Sulit
3 tahun
Ketulan di kelopak mata
Hi Dr ,sy Ada ketulan kecil di kelopak mata mcm ketumbit. Tapi dh 5 thun ia msih Tak hilang lgi. Bleh Dr bgi pencerahan??
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami keresahan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala ketumbit atau bahasa perubatannya hordeolum luaran yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai faktor mahupun punca, sehingga ia memerlukan pemeriksaan berkala yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan jangka pendek mahupun jangka panjang yang terbaik.
Secara umumnya, ketumbit atau hordeolum luaran yang lama (kronik) boleh disebabkan oleh pelbagai masalah, antaranya:
- Jangkitan kuman yang kronik pada mata
- Jangkitan atau inflamasi kelenjar mata
- Atau gangguan mata yang lain
Rawatan bagi ketumbit yang terlalu lama sememangnya memerlukan penilaian dari doktor di klinik atau hospital yang berdekatan. Namun dalam masa yang sama anda juga boleh cuba:
- melakukan tuaman sesuai arahan doktor
- membersihkan kelopak mata dengan cara yang betul
- menjauhkan diri dari keadaan yang memudahkan ketumbit lain muncul (i.e. berada di kawasan berhabuk, kotor, dll.)
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Justeru untuk mengetahui rawatan yang lebih berkesan, pemeriksaan lanjutan dan berkala perlu dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).