Sulit
5 tahun
Ketulan kecil di buah dada anak perempuan 10 tahun
Hi Doc,
Terdapat ketulan kecil di buah dada anak perempuan 10 tahun. Tidak sakit kecuali ditekan. Tiada cecair keluar. Tiada ketulan diketiak. Apa perlu saya lakukan.
Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anak anda hadapi. Akan tetapi, pemeriksaan menyeluruh seperti sebesar mana ketulan tersebut, adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Bagaimanapun, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Breast cyst
- Fibroadenoma payudara
- Fat necrosis
- Lipoma
- Sebaceous cyst
- Kanser payudara
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Anda dinasihatkan segera membawa anak anda segera berjumpa dengan doktor jika mengalami tanda-tanda seperti:
- Demam
- Terdapat cecair atau nanah keluar dari puting
- Puting merekah
- Ketulan yang menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Penurunan berat badan
- Hilang selera makan
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.


































