Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kitaran haid (haid tak datang)

Dijawab oleh: Patient Care Consultant

Dikemaskini pada: Mei 27, 2019 3:18 AM

ainnatul15 12 bulan

Assalamualaikum, Doktor. Saya aina. Berumur 28 tahun. Belum berkahwin. Saya mempunyai masalah haid tidak datang. Last haid saya adalah pada 15/2/2019.
Durasi haid saya adalah normal. 7hari tempoh haid.

Kebiasaannya masalah ini terjadi ketika saya dalam keadaan stress (ketika exam). Namun, sekarang ini saya rasa, saya tiada masalah yang menyebabkan saya stress.
Saya juga keluar berjogging seminggu sekali.

Mohon doktor dapat kongsikan pandangan doktor. Terima kasih.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Kedatangan haid yang lambat berlaku akibat pelbagai sebab selain daripada kehamilan.

  • Tekanan hidup.Tekanan boleh mengubah tahap hormon anda, menukar rutin harian anda, dan juga menjejaskan bahagian otak anda yang bertanggungjawab untuk mengawal kitaran haid anda iaitu kelenjar hypothalamus.
  • Berat badan yang rendah juga akan mempengaruhi kitaran haid seseorang. Wanita dengan gangguan pemakanan, seperti anoreksia nervosa atau bulimia, mungkin mengalami ketiadaan haid untuk tempoh yang lama.
  • Akitivit fizikal yang melampau seperti maraton juga boleh menghentikan kitaran haid juga. Sama seperti berat badan yang rendah boleh menyebabkan perubahan hormon, begitu juga dengan berat badan berlebihan.
  • Penggunaan pil perancang keluarga yang menghalang ovari anda daripada melepaskan telur. Ia boleh mengambil masa sehingga enam bulan untuk kitaran anda menjadi konsisten lagi selepas menghentikan pil.

Saya sarankan anda berjumpa dengan doktor jika masalah ini berterusan. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih

Dikemaskini pada: Mon May 27 2019 03:18:17 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Sulit
Pil Perancang dan period tidak teratur Saya berumur 23 tahun dan baru berkahwin. Hari ini merupakan hari ke-9 period cycle. Saya telah menggunakan postinor2 2 hari yang lalu disebabkan tidak tahu bagaimana hendak memulakan penggunaan… Baca lagi...
17 hari
Sulit
Masalah period yang sedikit Hai doktor. Saya berumur 20 tahun. Bulan lepas period saya normal . Saya datang period 24hb . Tapi bulan ni 20hb period saya haanya sehari sahaja. Tetapi hanya sedikit. Baca lagi...
8 hari
Sulit
Period tidak teratur dan lambat habis Saya berumur 23 Tahun. Period saya mula tidak teratur sejak 1 thun yg lalu Dan Saya telah berjumpa dgn doktor Dan telah diberikan ubat berhenti darah iaitu tracenamic acid tapi sehingga sekarang… Baca lagi...
18 hari
Sulit
Keluar darah setelah 7 minggu tak period assalamualaikum wbt dr, sy wanita berumur 26 tahun. saya baru saja mendirikan rumah tangga pada hujung bulan mac. alhamdulillah period sy normal pada awal bulan april. kemudian masuk bulain mei,… Baca lagi...
18 hari
Sulit
Keluar lendir Putih bercampur darah Hai Doktor. Saya wanita berumur 37 tahun dan telah mengambil perancangan keluarga berbentuk suntikan selama 6 tahun. Selama sama mengambil kaedah perancangan keluarga ini, haid saya tidak keluar… Baca lagi...
6 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi