
Sulit
5 tahun
Kitaran haid menjadi singkat
Saya wanita berumur 25thn dan sudah berkahwin. Sebelum ini kitaran haid saya normal, tetapi selepas berkahwin kitaran haid menjadi tidak normal, adakala 2 bulan baru lah saya datang bulan. Pernah juga check upt tetapi result negatif. Tetapi pada bulan lepas sy mengalami kitaran period yang singkat dalam sebulan dua kali sy period, setiap 17 kitaran sy akan period. Tapi utk bulan ini, sy ada keluar darah tapi macam tompokan sahaja, dan ia berlarutan selama 5 hari , ianya berwarna coklat cair. Dalam masa yang sama saya ada rasa sakit seperti mencucuk dibahagian dibawah pusat dan adakala rasa sakit di bahagian perut.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kitaran haid yang tidak teratur serta topokan cecair berwarna coklat yang anda alami boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.