
Sulit
5 tahun
Kitaran haid tidak normal sehingga 41 hari
Hi Dr. Saya berumur 27 tahun dan belum berkahwin. Saya mempunyai kitaran haid normal iaitu sekitar 26-32 hari setiap bulan. Pada bulan Januari lalu, saya telah mengerjakan umrah selama 12 hari. Selepas pulang dari mengerjakan umrah, kitaran haid saya pada bulan Februari telah berubah menjadi 38 hari. Selepas itu, ia berlarutan menjadi 40 hari pada bulan berikutnya. Tarikh akhir saya datang haid adalah pada 1 April. Sehingga hari ini (10 Mei), haid saya masih belum datang haid (kitaran haid 40 hari). Untuk makluman Dr, saya tidak mengambil sebarang pil penahan haid semasa mengerjakan umrah. Saya sangat bimbang dengan keadaan ini. Mohon pandangan dan nasihat Dr. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan/pil hormon (seperti pil tahan haid yang telah anda ambik) namun kesan sampingan ini hanya bersifat sementara.
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.