Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kitaran haid tidak teratur

Dijawab oleh: Patient Care Consultant

Dikemaskini pada: April 11, 2019 4:46 AM

Cintaistikharah19 13 bulan

Saya mengalami masalah haid yang datang tak menentu terkadang dua bulan sekali namun yang menjadi kerisauan adalah apabila haid datang meskipun bulan yang ketiga Tapi sedikit sangat jumlah harinya adalah tiga hari apakah masalah yang saya alami saya juga mungkin mengalami keputihan yang menyebabkan Saya rasa penat

Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.

Berdasarkan simptom simptom yang anda nyatakan saya mendapat pemahaman bahawa anda sedang menagalami haid yang tidak teratur.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah:

  1. Tekanan Emosi
    Masalah emosi atau tekanan perasaan boleh menyebabkan haid terhenti.

  2. Ubat-ubatan
    Ada sesetengah ubat-ubatan yang anda makan untuk masalah perubatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Ubat sawan, ubat penenang, pil perancang kehamilan, pil-pil hormon bole menyebabkan kitaran haid terganggu.

  3. Haid yang tidak teratur mungkin adalah tanda-tanda anda mempunyai masalah perubatan yang tidak anda sedari seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid, Kencing manis yang tidak terkawal

Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Apr 11 2019 04:46:47 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Sulit
Pil Perancang dan period tidak teratur Saya berumur 23 tahun dan baru berkahwin. Hari ini merupakan hari ke-9 period cycle. Saya telah menggunakan postinor2 2 hari yang lalu disebabkan tidak tahu bagaimana hendak memulakan penggunaan… Baca lagi...
9 hari
Sulit
Keluar sedikit darah sebelum haid hi doctor, saya sepatutnya haid pada 20mei. namun pada 17mei, saya melihat dua titisan darah di pakaian dalam saya berwarna coklat dan struktur cair berbeza dengan darah haid. selepas itu saya r… Baca lagi...
9 hari
Sulit
Lewat haid, UPT negatif, lendir berwarna coklat Sye berumur 23 tahun. Sye dapati haid sye sering lewat. Kadang kalau lewat sehingga 2-3 bulan. Sye dah pernah buat ultrasound tapi tiada ape2. Dan sekarang perkara tersebut berulang lagi. Sye la… Baca lagi...
31 jam
Sulit
Keputihan period tidak teratur Period sy tidak teratur, sy brumur 22 dn sudh brkhwin, msalah ini start dri lepas melahirkn. Dn sy juga ad keputihan yang banyak dari sebnelom berumah tangga. Baca lagi...
2 hari
Sulit
Masalah period yang sedikit Hai doktor. Saya berumur 20 tahun. Bulan lepas period saya normal . Saya datang period 24hb . Tapi bulan ni 20hb period saya haanya sehari sahaja. Tetapi hanya sedikit. Baca lagi...
17 jam
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi