
Sulit
4 tahun
Kitaran haid yang tidak teratur dah keluar cecair berwarna coklat gelap
Saya wanita dalam 20’an. Saya dalam kekeliruan dimana haid saya menjadi tidak teratur. Pada 26 bulan disember yang lalu, saya telah bersama dengan suami dan air maninya keluar di dalam faraj. Padah hari berikutnya, iaitu 27 bulan disember, saya mengalami haid selama 5 hari. 2 bulan yang berikut nya, saya tidak lagi mengalami haid. Namun, dalam masa 2 bulan itu, saya tidak bersetubuh dengan suami saya langsung kerana saya terpaksa pulang ke kampung dan suami tidak dapat ikut sekali. Pada hari ini, iaitu 4 march, faraj saya mengeluarkan cecair yang menyerupai darah haid namun warnanya sedikit gelap dari kebiasaan nya. Dimana kebiasaannya, warna darah haid saya adalah normal, warna merah pekat. Namun yang saya alami pada hari ini, cecair tersebut berwarna coklat dah ada ketulan darah sedikit. Cecair yang dikeluarkan adalah sangat sedikit. Saya juga mengalami senggugut selama dua bulan ini walaupun tidak datang haid. Saya pernah mengambil pregnancy test, namun keputusannya adalah negative. Jadi, saya ingin mengetahui, apakah punca berlakunya perkara seperti yang telah saya terterakan diatas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Polip atau fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan puncanya kerana pemeriksaan perlu dibuat terlebih dahulu. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor kerana perkara ini memerlukan perhatian anda dan juga doktor dan perlu ditangani dengan segera.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Selain daripada itu, warna darah haid juga boleh jadi berbeza. Ia boleh menjadi merah pekat ataupun sehinggi coklat-kehitaman.
Anda juga perlu berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Jantung berdebar atau berdegup laju ( palpitations )
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Lemah dan lesu
- Pucat
- Pitam
- Gejala yang anda alami mengganggu kehidupan seharian dan tidur anda
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.