Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kontak kasual tidak bergejala covid-19

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Julai 23, 2021 4:58 PM

Sulit 2 bulan

bagaimana seseorang itu diklasifikasikan sebagai kontak kasual tidak bergejala covid-19 sedang tidak pernah ambil swap test atau berhubung dengan pesakit covid-19

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 2 bulan
General Practitioner

Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, kontak kasual bermaksud individu yang mempunyai kontak dengan pesakit positif Covid-19 tetapi lebih daripada 2 meter dan mempunyai kontak kurang daripada 15 minit dengan pesakit Covid.

Sekiranya anda diklasifikasikan sebagai kontak kasual, kemungkinan anda dijangkiti virus Covid-19 adalah rendah. Anda tidak perlu menjalani ujian PCR jika tidak mempunyai gejala, dan anda tidak perlu menjalani kuarantin.

Kami mencadangkan agar anda membuat pemantauan kesihatan kendiri untuk 14 hari, dan sekiranya anda mempunyai gejala seperti demam, batuk, sakit tekak atau sesak nafas, sila rujuk kepada doktor dengan kadar segera. Anda juga dinasihati untuk mengamalkan penjarakkan sosial, dan memakai pelitup muka.

Anda boleh menghubungi kami secara atas talian untuk pertanyaan lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Klik di sini untuk dapatkan kit ujian COVID-19 Kendiri RTK Antigen Air Liur yang lebih murah, mudah digunakan serta tidak perlu ambil sampel dari hidung atau tekak. Anda boleh lakukan ujian saringan sendiri di rumah!

Dikemaskini pada: Fri Jul 23 2021 16:58:04 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang jangkitan coronavirus secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19