Sulit
2 tahun
Kontak kasual tidak bergejala dengan pesakit covid 19
Saya merupakan kontak kasual pesakit covid19 dan telah menjalani kuarantin kendiri selama 4hari. Bagaimanapun saya sudah menjalani swab test pertama dan keputusannya negatif .
Perlukah saya menjalani kali ke 2?
Perlukah saya menjalani kuarantin lagi sehingga cukup 14hari?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, kontak kasual bermaksud individu yang mempunyai kontak dengan pesakit yang disahkan positif Covid-19 tetapi,
- Jarak lebih daripada 2 meter
- Kurang daripada 15 minit
Sekiranya anda adalah kontak kasual, kemungkinan untuk anda dijangkiti Koronavirus adalah rendah. Anda tidak perlu menjalankan ujian swab sekiranya anda tidak bergejala. Kebiasaanya, kontak kasual tidak perlu kuarantin melainkan mereka bergejala.
Kami menyarankan anda untuk memantau tahap kesihatan anda selama 14 hari dan sekiranya terdapat apa-apa perubahan, sila laporkan kepada petugas kesihatan untuk bantuan lanjut.
Anda boleh menghubungi kami secara atas talian sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini