
Anonymous
5 tahun
Kram bwah perut,kadng sakit datang dan pergi
Hai selmt mlm…seblm ni sy ad msalah sembelit…dn sy dah bejmpa dgn doktr…doktr telah mmberi ubt pelawas…sembelit dah ok…tpi stlh itu…sy merasa bwa perut sy selalu kram…kadang teramat sakit…kadang berlalu pergi…sy cepat penat dan x selesa tidur…apkh penyebab tu doc…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai sebab untuk kesakitan di bahagian perut. Keracunan makanan dan gastrik merupakan dua sebab penyakit yang menyebabkan sakit perut.Terdapat beberapa punca yang menyebabkan sakit perut antaranya termasuk:
- Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
- Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
Namun bagi masalah anda, soalan anda terlalu umum.Kami memerlukan maklumat lanjut seperti sakit pada bahagian mana.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.