Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kuarantin covid, gejala semua dah bermula dari 16hb, sekarang tiada gejala

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: September 26, 2021 12:14 AM

Sulit 30 hari

Pada 8hb anak ke2 saya positif covid dah dia telah dikuarantin di tempat lain dan pada 14hb dua orang anak saya pula positif covid, suami dan sy negatif, jadi kesemua anak saya di kuarantin bersama saya…saya yang jaga mereka…selang 2 ke 3 hari saya ada gejala batok, selsema dan demam, lepas beberapa hari lepas demam deria rasa dan bau tak ade, last kuaranti kesemua anak sya 23hb…jadi 24hb saya nak bekerja sy pun buat pcr, ct value 36, jadi adakah saya perlu tambah lagi kuaranti saya 10hari? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 30 hari
General Practitioner

Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.

Kami memahami anda ingin tahui jika anda perlu sambung kuarantin memandangkan nilai ct anda adalah 36. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, ct value adalah sesuatu anggaran mengenai tahap virus dalam badan. CT value yang rendah ( bawah 40) menandakan :

  • Kesan virus dalam badan adalah tinggi
  • Jangkitan mungkin pada peringkat awal
  • Kadar kebolehjangkitan virus adalah tinggi

Melihat pada CT value anda, kami menasihakan anda untuk meneruskan kuarantin di rumah. Sila hubungi CAC berdekatan dengan anda untuk mendapatkan nasihat lanjut mengenai perkara ini. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian jika anda mempunyai pertanyaan lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Klik di sini untuk dapatkan kit ujian COVID-19 Kendiri RTK Antigen Air Liur yang lebih murah, mudah digunakan serta tidak perlu ambil sampel dari hidung atau tekak. Anda boleh lakukan ujian saringan sendiri di rumah!

Dikemaskini pada: Sun Sep 26 2021 00:14:39 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang jangkitan coronavirus secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian Swab PCR COVID-19 Ujian RTK COVID-19