
Sulit
3 tahun
Kuarantin dan close contact covid 19
saya wanita berumur 18 tahun dah saya disahkan positif covid tanpa gejala pada 13/9.saya telah diminta untuk dikuarantin di rumah selama 10 hari dan saya telah menghubungi bilik gerakan cac untuk memaklumkan ahli keluarga saya sebagai close contact.tetapi,sampai hari ini kami tidak dapat sebarang panggilan semula dari cac untuk keluarga saya memakai gelang. adakah mereka tidak perlu memakai gelang dan melakukan swab test kerana saya tidak bergejala?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kontak kasual bermaksud individu yang mempunyai kontak dengan pesakit positif Covid-19 tetapi lebih daripada 2 meter dan mempunyai kontak kurang daripada 15 minit dengan pesakit Covid.
Sekiranya anda diklasifikasikan sebagai kontak kasual, kemungkinan anda dijangkiti virus Covid-19 adalah tinggi. Anda sekeluarga perlu menjalani ujian PCR jika mempunyai gejala, dan anda perlu menjalani kuarantin.
Kami mencadangkan agar anda membuat pemantauan kesihatan kendiri sekeluarga untuk 14 hari, dan sekiranya anda mempunyai gejala seperti demam, batuk, sakit tekak atau sesak nafas, sila rujuk kepada doktor dengan kadar segera. Anda juga dinasihati untuk mengamalkan penjarakkan sosial, dan memakai pelitup muka.
Anda boleh menghubungi kami secara atas talian untuk pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini