
Sulit
3 tahun
Kulit bawah mata anak merah
Anak saya 1 thn 10 bulan posituf covid, sedang jalani Kuarantin Kendiri bersama ibunya. Hari ini bahagian kulit bawah mata k
(atas kawasan pipi) anak saya merah seperti ruam gatal. apakah sebab dan apa boleh sy buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa gejala covid 19. Antaranya adalah:
Gejala yang sering:
- Demam
- Batuk
- Kelelahan
- Kehilangan deria bau dan rasa
Gejala yang tidak sering:
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sakit sendi dan otot
- Cirit-birit
- Muncul ruam di kulit
- Mata menjadi merah dan pedih
Gejala yang serius:
- Kesukaran bernafas
- Tidak boleh bercakap atau bergerak
- Sakit dada
Oleh itu, sekiranya anak anda mengalami gejala-gejala seperti yang saya nyatakan di atas, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini