Sulit
3 tahun
Kulit kepala berkerak
saya wanita dalam 18tahun . saya mengalami masalah rambut sejak berapa bulan . Kulit kepala jadi gatal dan berkerak . saya juga sering garu kerana terlalu gatal dan tak selesa . dan ianya sering gugur ada bahu . apa puncanya ya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, masalah kulit kepala yang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah kelemumur atau jangkitan kulat pada kulit kepala. Masalah ini juga biasanya boleh menyebabkan keguguran rambut.
Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh gunakan syampu anti kelemumur atau rujuk farmasi untuk syampu berubat yang sesuai.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.