
sopye93
4 tahun
LACTUL untuk ibu bersalin
Hai Doctor selamat sejahtera.
Isteri saya baru sahaja lepas bersalin. Dan takut untuk buang air besar. Saya dicadangka oleh seseorang untuk mengambil lacktu. Soalan saya, Adakah LACTUL boleh digunakan kepada Ibu lepas bersalin?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sembelit dalam kalangan wanita baru bersalin adalah gejala yang menimpa sesetengah individu. Menurut persoalan anda, suatu kajian yang dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan lactulose dalam kalangan waniat baru melahirkan anak membuktikan bahawa Lactul agak berkesan dan selamat digunakan untuk membantu mengurangkan sembelit dalam kalangan wanita baru beranak.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian untuk maklumat yang lebih terperinci. Terima kasih.