
Sulit
3 tahun
Lemak dalam salur darah
Hi doctor. Sy seorang perempuan berusia 34thn. Pd 2 minggu yg lepas sy telah ke klinik utk buat blood test. Semasa doc mengambil darah sy di lengan, doc mendapati terdapat lemak di sedut sekali bersama darah semasa picagari di tarik. Soalan sy, adakah itu membawa petanda yg tidak baik terhadap kesihatan sy? Terima kasih doktor

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kegelisahan anda apabila doktor anda mendapati lemak disedut bersama darah dalam picagari. Kami tidak dapat memberikan kepastian mengenai masalah anda, namun ada kemungkinan untuk kadar kolesterol dalam badan anda adalah tinggi. Ini boleh meningkatkan pengumpulan plak dalam saluran darah ang dikenali sebagai aterosklerosis. Aterosklerosis meningkatkan risiko untuk masalah jantung koronari, angin ahmar dan kegagalan buah pinggang. Namun, ini adalah sesuatu anggaran, kami tidak dapat menyimpulkan tanpa sejarah perbuatan anda yang lengkap.
Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor. Anda juga boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya soalan anda dapat dijawab dengan lebih tepat dengan maklumat tambahan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.