
Sulit
4 tahun
Lemon menyebabkan pendarahan
Hi doktor, saya seorang remaja yang berumur 16 tahun dan masih tidak datang period (mungkin disebabkan pcos). Soalan saya mengapa setiap kali saya makan atau minum air yang ada lemon akan menyebabkan pendarahan selama 3-4 hari adakah itu normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Untuk makluman anda, lemon merupakan jenis buah citrus yang kaya dengan vitamin C dan juga mengandungi bioflavonoid iaitu salah satu bentuk amoksida yang dapat melindungi tubuh daripada bahaya radikal bebas. Terdapat begitu banyak manfaat lemon, seperti meningkatkan sistem ketahanan badan, memerangi radikal bebas, menghalang asma,membantu penyerapan zat besi, dan mengeluarkan sel-sel kulit mati.
Setakat ini, idak ada kajian perubatan yang menyatakan bahawa lemon tidak boleh dimakan semasa haid atau menyebabkan pendarahan. Walau bagaimanapun, anda juga perlu berhati-hati dalam memakan buah lemon jika anda mempunyai masalah perut seperti gastrik, ulser perut kerana bimbang akan kesan sampingan lain.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran