
yanaemy23
5 tahun
Lendir di kemaluan bayi
bayi saya berumur 2 bulan lebih . masa saya nak tukar pampers saya ternampak macam sedikit lendir yg berwarna hijau (seperti kahak) tapi tak banyak. cuma sedikit. adakah ianya merbahaya kepada bayi saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah lendir yang berwarna hijau yang anda lihat pada lampin bayi anda berkemungkinan disebabkan warna najis bayi anda. Warna kehijauan adalah satu kebiasaan kerana bayi yang menyusu ibu mahupun formula sedang mematangkan kuman baik dalam usus mereka. Namun sekiranya mereka kerap tidak menyusu, kerap mengangis serta demam, maka anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera bagi pemeriksaan lanjut untuk anak anda. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.