Sulit
3 tahun
Lenguh bahagian lengan almost 2-3 bulan
Hi, saya wanita berumur 33 tahun, dengan berat 100kg. lately ni selalu rasa lenguh2 di bahagian lengan kiri. rasanya bermula 2 atau 3 bulan lepas, saya terlalu lama tidur mengiring ke kiri. kadang2 bila terlalu lama mengiring ke kiri, bila beralih, rasa mencucuk di pangkal dada (kawasan tgh2) … dan lengan terasa amat lenguh. dr bahu ke siku, kadang2 ke pergelangan tangan. adakah ini simptom related dgn jantung atau tersalah posisi tidur? tapi tak ada sesak nafas. cuma ada ketika sy akan terjaga tgh malam dan berpeluh2.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- penggunaan tangan yang terlalu banyak
- postur melakukan pekerjaan yang salah
- tekanan kepada saraf kerana postur seperti dalam student’s elbow
- masalah saraf seperti sindrom carpal tunnel, nerve palsy
- masalah otot
- terseliuh tulang bahu atau mana-mana struktur tulang dalam tangan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.