
Sulit
5 tahun
Lenguh bahu dan lengan sebelah kiri
Slm Dr. saya wanita berusia awal 30an. Kebelakangan ini saya sering rasa berat pada bahu dan lengan sebelah kiri. Tanpa melakukan sebarang kerja berat. Sebelum ini, saya pernah sakit dada tengah dan masih terjadi kadang-kadang hingga kini. Cuma semasa saya terasa berat bahu dan lengan, tiada rasa sakit dada.
Adakah ini petanda awal mungkin saya akan terkena serangan jantung? Tq Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit pada bahu kiri yang menjalar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- frozen shoulder
- cervical syndrome
- ketegangan otot
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi rutin harian dan pekerjaan anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.