
Sulit
4 tahun
Lewat vaksin anak umur sebulan..ada kesan sampingan ke?
Hi doktor, soalan saya ialah…ada masalah ke jika baby umur satu bulan delay vaksin dekat 2 minggu?sepatutnye smlm vaksin sebulan tp ade sket dgn KK utk tarikh app jd diorg bg tarikh 21 dec utk cucuk…xpe ke jika lewat utk cucuk baby?tq

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Umumnya kelewatan atau penangguhan dalam pemberian suntikan vaksin untuk beberapa minggu masih boleh ditoleransi dan memang perlu dilakukan sekiranya:
- bayi demam atau tidak sihat pada tarikh suntikan tersebut
- perubahan tarikh dilakukan oleh pihak klinik atas faktor-faktor tertentu
Namun perubahan tarikh disebabkan oleh ibu bapa bayi perlu dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak klinik atau hospital tersebut.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.