
Sulit
4 tahun
Lidah berbiji..lelangit terasa luka pedih
34y male…normal temp…ade rase x selesa di dalam mulut…pemerhatian menunjukkan ade bini2 kecil di sekitar tenfah lidah mghamoiri kerongkong serta di bhgian sisi lidah…ade juga kelihatan putih2 di atas permukaan lidah…disamping itu lelangit terasa luka pedih…what is the best solution n medicine for this?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun begitu, maklumat yang diberikan tidak mencukupi untuk pihak saya memutuskan apakah sebenarnya bintik di dalam mulit anda. Disamping itu juga terdapat banyak lagi maklumat yang perlu saya ajukan mengenai tompok putih atas lidah anda serta sejarah kesihatan anda yang lain.
Untuk makluman pihak anda, masalah tompok putih ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Namun ia harus disokokng dengan gejalalain serta ujian pemeriksaan yang lebih lanjut sebelum diagnosisi yang tepat dapat dibuat. Antaranya:
Penggunaan ubat tertentu yang boleh menyebabkan jangkitan kulat
Oral thrush
Leukoplakia
Lichen planus dalam mulut
Kanser mulut
Kanser lidah
Imuniti badan yang rendah disebabkan oleh penyakit HIV/AIDS
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.