
Sulit
4 tahun
Lubang gusi ada warna putih
Saya baru cabut gigi bongsu dan tidak dijahit.selepas seminggu kawasan lubang gigi yg dicabut keluar warna putih dan bile ditekan ia lembik.adakah ia nanah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Menurut masalah yang anda perihalkan di atas, pengeluaran sesuatu yang warna putih dan lembik mungkin adalah disebabkan oleh penumbuhan ulser atau pengeluaran nanah. Ini boleh disebabkan oleh:
- Keradangan pada ruang gigi yang tercabut
- Jangkitan kuman atau bakteria pada ruang gigi atau gusi
- Ruangan sinus yang terdedah melalui lubang gigi yang dicabut. Ini adalah serius kerana ia boleh menyebabkan fistula antara mulut dengan sinus yang terdapat pada kawasan tepi hidung (maxillary sinus) dan boleh menyebabkan jangkitan kuman dan keradangan (Sinusitis)
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor gigi anda untuk memantau perihal tersebut bagi mengelakkan komplikasi yang tidak diinginkan. Sementara itu, kami sarankan anda memantau simptom-simptom lain seperti hidung tersumbat, keruaman, pengeluaran nanah yang berlebihan, serta sakit kepala.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.