
Sulit
4 tahun
Luka bersalin berdarah selepas 21 hari
Saya baru bersalin anak kedua sy 21 hari lepas. Hari ni saya pergi buang air kecil and seperti biasa bersihkan ngan air dan tiba2 luka sy berdarah. Sy dh siap letak pad besar sbb takut byk darah keluar nanti and jahitan terbuka tapi darah tk byk. Perlu ke sy jahit balik sbb semua org sekeliling sy ckp tk perlu sbb dh lebih 2 minggu mesti luka dh bercantum.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor dengan segera kerana kami bimbang luka atau jahitan di dalam pun mempunyai risiko untuk terbuka. Perkara ini memerlukan perhatian dan pemeriksaan oleh doktor secepat mungkin kerana pendarahan yang terlalu banyak dan tidak berhenti dapat menyebabkan komplikasi akibat kehilangan darah ataupun disebabkan jangkitan kuman.
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Sakit di bahagian luka
- Luka bernanah
- Pendarahan yang tidak berhenti
- Lemah dan lesu
- Sakit dada dan sukar bernafas
- Pening kepala
- Sakit kepala
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.