
Sulit
3 tahun
Lupus Nefritis - SLE Tahal 4
Isteri berumur 33 thn mnghidap penyakit SLE tahal 4.keadaan skrg adalah stabil.cume bergantung kpd ubat² dr Hospital dan masih mngikuti temujanji di hospital besar Kuantan. Boleh kah isteri sy mengambil vaksin bg Covid-19?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, pesakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE) boleh menerima vaksin COVID19. Kajian mendapati bahawa vaksin COVID-19 adalah selamat untuk pesakit SLE yang stabil, disamping itu, ubat-ubatan SLE juga tidak akan mempengaruhi keberhasilan vaksin.
Berdasarkan informasi terkini, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan pada mereka yang mengalami kondisi tersebut kecuali pada mereka yang mempunyai alahan atau kontraindikasi yang lain. Tambahan pula, setiap lapisan masyarakat (termasuk golongan berisiko) sememangnya di galakkan untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 agar kita dapat sama-sama hapuskan rantaian jangkitan COVID-19 atau mencegah dari penyebaran mahupun komplikasi pandemik di negara dan seterusnya dunia.
Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini