Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Macam mana nak cegah strok?

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Februari 25, 2019 12:54 AM

amran 16 bulan

Hai doktor, boleh bagitahu macam mana nak cegah strok? Saya berusia 40 tahun, saya dengar strok senang dapat bila umur meningkat. Ada tak apa-apa yang saya boleh lakukan?

Dr Ramzdhan 16 bulan
General Practitioner

Selamat pagi! Terima kasih atas soalan anda.

Amalan gaya hidup yang sihat akan membantu anda mencegah strok.

Faktor-faktor utama yang meningkatkan risiko menghidap strok adalah:

  • Berat badan berlebihan
  • Darah tinggi
  • Kencing manis
  • Penyakit jantung
  • Merokok
  • Kurang bersenam
  • Pengambilan alkohol secara berlebihan

Diet pemakanan yang sihat adalah penting untuk mengurangkan risiko strok.

Oleh itu, anda digalakkan untuk mengambil buah-buahan, sayur-sayuran dan menghindari makanan segera serta makanan yang mengandungi kandungan karbohidrat, lemak atau garam yang tinggi.

Hentikan tabiat merokok dan pengambilan minuman keras. Selain itu, bersenamlah selama satu jam setiap hari.

Jika anda menghidap sebarang jenis penyakit, patuhi nasihat doktor dan makan ubat seperti yang ditetapkan.

Lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan tekanan emosi seperti yoga kerana stres meningkatkan risiko serangan strok.

Dikemaskini pada: Mon Feb 25 2019 00:54:01 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Dr Ilias Yee 16 bulan
General Practitioner

Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.

Banyak faktor boleh meningkatkan risiko strok anda.

Sesetengah faktor juga boleh meningkatkan peluang anda untuk mengalami serangan jantung.

Faktor risiko strok adalah:

  • Berat badan yang berlebihan
  • Gaya hidup yang pasif
  • Sering minum minuman keras
  • Penggunaan dadah seperti kokain dan methamphetamines
  • Bacaan tekanan darah yang melebihi 120/80 mm Hg
  • Merokok atau pendedahan kepada asap rokok
  • Kolesterol tinggi
  • Diabetes
  • Penyakit kardiovaskular seperti kegagalan jantung, kecacatan jantung, jangkitan jantung atau irama jantung yang tidak normal
  • Berusia
  • Pengambilan pil hormon

Senaman, menguruskan tekanan, mengekalkan berat badan yang sihat dan mengehadkan jumlah natrium dan alkohol yang anda makan dan minum boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi anda.

Amalkan diet seimbang dan elakkan makanan yang berkolesterol dan berlemak tinggi, terutamanya lemak tepu dan lemak trans kerana ia boleh membentuk plak di arteri(di otak) anda seterusnya mengakibatkan strok.

Dikemaskini pada: Mon Feb 25 2019 08:10:17 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
jenny
Apa tanda - tanda strok sebenarnya? Doktor, saya risau sebab tangan saya lemah semacam je di sebelah kanan ni. Adakah ini strok? Kalau bukan, apa tanda - tanda strok sebenarnya? Saya risau sebab makcik pakcik saya ramai yang mati sebab … Baca lagi...
17 bulan
Sulit
Suami pesakit stroke Doktor, suami saya adalah pesakit storke, dia kena stroke pada april 2019 akibat dari darah tinggi dan kolestrol. Berat badan dia ialah 150kg sebelum kena stroke.sekarang dia dah boleh jalan, ta… Baca lagi...
8 bulan
Anonymous
Sakit kepala dan strok Sy berumur 43 thn…sy kene stroke umur 40thn…dr segi fizikal sy ok…boleh bermain badminton cuma sy rase pening di kepala tidak hilang sejak 3thn dulu…rase sakit ni bergerak-gerak(kadang2 rase sakit di … Baca lagi...
11 bulan
Sulit
Cara mengubati masalah pesakit stroke Assalammualaikum doktor…sye mempunyai seorang ibu yang menghidapi masalah stroke kecil…n sye rase antara faktor yg menyebabkan penyakit ni berlaku ialah disebabkan dlu ibu sye pernah terkena spa… Baca lagi...
4 bulan
siroziana
Tanda tanda mini strok Salam sejahtera…Ibu saya pagi tadi menghadapi kesukaran untuk bercakap contoh seperti susah untuk menyebut ayat penuh.seperti orang stroke.tapi selepas beberapa minit…percakapan kembali jelas. sudah d… Baca lagi...
5 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi