talibanthegunners
4 tahun
Magnet dgn perentak jantung
Saya jejaka berumur 39 tahun,sy telah memakai pacemaker sejak tahun 2016 smpai skrg dsbbkn “compelete heart blok”…baru2 ni saya ada beli earphone bluetooh dan ada magnet utk dlekatkn pada leher…cuma smpai skrg saya tak gunakn lg,sbb takut magnet tu menggangu buah ht saya iaitu pacemaker tu…blh doc bgtau tak boleh ke x saya gunakn earphone tu…takut plk saya dbuatnya…t.kasih doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, bluetooth earphone tidak memberi kemudaratan kepada pacemaker. Namun, penggunaan magnet akan menjejaskan fungsi pacemaker.
Walaubagaimanapun, bagi mendapatkan kepastian, anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar jantung anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!