Sulit
3 tahun
Makan banyak tetapi tidak rasa nak buang air besar
Sejak kebelakangan ini, saya susah nak rasa untuk buang air besar. sekarang sehari pun susah nak rasa untuk buang air besar.Walaupun saya makan banyak dan minum banyak. Kebiasaannya setiap pagi saya akan buang air besar. Apakah ia satu penyakit yang serius.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Pada pendapat saya, masalah anda berkemungkinan tidak serius. Untuk makluman pihak anda, masalah sembelit ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pengaruh gaya hidup- Pola makan yang kurang sehat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air
Menunda buang air besar
Pengaruh ubat-ubatan- Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit
Antara cara untuk mencegah masalah ini adalah:
Banyakkan serat dalam pemakanan
Banyak minum air
Jangan tangguh apabila mahu ke tandas
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.