Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Makan panadol sebelum cucuk vaksin

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Jun 8, 2021 5:45 PM

Sulit 6 bulan

Hi Doc, saya ada rakan yang baru sahaja selesai mengambil dos kedua vaksin. Berdasarkan pengalaman rakannya, seorang wanita hamil, telah mengambil panadol lebih kurang 6 jam sebelum dicucuk vaksin. Berbanding rakan-rakannya yang lain, kebanyakan yang mengambil dos kedua vaksin, badan akan mengalami sedikit demam. Tetapi rakannya yang hamil itu tidak mengalami sebarang gejala demam akibat pengambilan ubat panadol sebelum dicucuk vaksin. Oleh itu, rakan saya turut mengambil langkah yang sama seperti rakannya yang hamil itu iaitu mengambil panadol sebelum dicucuk dos kedua vaksin dengan harapan beliau juga tidak akan mengalami gejala demam seperti rakannya. Kebiasaannya, seperti yang saya tahu, selepas dicucuk vaksin, badan seseorang itu akan menunjukkan tanda-tanda reaksi atau tindak balas terhadap vaksin seperti demam terutamanya, sebagai tanda badan sedang menerima dan menyesuaikan diri dengan vaksin tersebut. Hal ini adalah normal selepas badan menerima vaksin (atas individu).

Persoalan saya, 1. Adakah tiada masalah sekiranya mengambil panadol sebelum dicucuk vaksin (bagi tujuan untuk mengelakkan demam)?
2. Adakah pengambilan panadol tersebut sebenarnya telah menghalang atau mengurangkan manfaat dan kebaikan vaksin yang diterima oleh badan sesorang itu?(kerana badan tidak mengalami gejala demam selepas selesai divaksin sekaligus membawa maksud badan tiada tindak balas atau reaksi normal selepas menerima vaksin). Sekian. Terima kasih untuk jawapan Doc.

Dr Sashini Seeni 4 bulan
General Practitioner

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda akan kesan sampingan selepas menerima vaksin COVID-19 dan ingin tahu sama ada boleh atau tidak mengambil ubat jenis paracetamol sebelum penerimaan vaksin. Jangan risau, kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, kesan sampingan seperti demam ringan, sakit kepala dan keletihan selepas menerima vaksin COVID-19 adalah normal terutama setelah anda menerima suntikan kedua. Ini merupakan tanda bahawa tubuh mula membentuk pertahanan antibodi terhadap virus COVID-19. Akan tetapi, tidak semua orang akan mengalami kesan sampingan dan jika anda tidak memiliki kesan sampingan, itu juga baik, bukan bermaksud vaksin itu tidak aktif. Hal ini kerana ia berkaitan dengan tindak balas sistem tubuh yang berbeza setiap individu.

Mengenai pengambilan ubat jenis paracetamol, menurut Centres of Disease Control and Prevention (CDC), pengambilan setelah suntikan, atas arahan doktor untuk mengurangi gejala kesan sampingan, adalah dibolehkan. Kesan sampingan suntikan kebiasaannya hanya sementara iaitu beberapa hari untuk sembuh dan hilang. Namun, penerima vaksin digalakkan untuk tidak mengambil sebarang ubat iaitu jenis ibuprofen atau paracetamol sebelum suntikan vaksin. Hal ini dikecualikan jika penerima vaksin terbabit sememangnya mempunyai rekod kesihatan yang memerlukan pengambilan ubat tersebut, maka wajar untuk individu tersebut mengambilnya sebelum suntikan vaksin atas tujuan mengelakkan komplikasi yang lebih serius.

Jika anda masih memerlukan penerangan lebih lanjut berkenaan pertanyaan anda, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian secara peribadi.

Terima kasih

Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Tue Jun 08 2021 17:45:10 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan pakar tentang vaksin covid-19 secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19