Sulit
3 tahun
Makan ubat tahan sakit semasa mengandung
Saya mengalami sakit di bahagian ulu hati dengan tiba tiba… Disebabkan tak tahan sangat sy makan ubat tahan sakit jenis tramadol 50mg… Sy sekarang mengandung 30 minggu… Ada effect ke baby tak?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang ubat tramadol.
Untuk makluman anda, tramadol adalah kelas ubat tahan sakit yang kuat dan tidak sesuai di ambil ketika mengandung melainkan terdapat beberapa kondisi yang memerlukan dan atas arahan doktor. Hal ini kerana tramadol mungkin boleh memberikan kesan sampingan kepada bayi.
Saya menasihatkan anda untuk berhenti mengambil tramadol dan berjumpa dengan doktor anda serta bertanyakan ubat tahan sakit yang terbaik untuk kondisi pedih ulu hati. Saya tidak boleh mngesyorkan mana mana ubat kerana saya tidak tahu sejarah perubatan anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.