
Sulit
3 tahun
Maksud Peluang untuk hamil
Kalau sudah haid normal 7 hari . Maksud peluang hamil itu kene berhubungan intim dulu atau tidak .jelaskan doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan hormon
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Fibroid dalam rahim
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Berdasarkan pernyataan anda di atas bahawa haid anda sudah kembali normal 7 hari, anda mempunyai peluang untuk hamil seperti wanita lain. Untuk makluman anda, syarat untuk hamil adalah terjadinya persenyawaan antara sperma dari lelaki dan juga ovum dari wanita. Oleh itu, anda mempunyai peluang untuk hamil selepas berhubungan bersama suami anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan