
Sulit
4 tahun
Malam td susah tidur
Saya ambil ubat radang otot,ubat relax otot, tahan muntah n panadol. Waktu tidur saya terganggu tp saya mengantuk sgt.adakah itu kesan sampingan ubat2 tersebut? Bila kesan tu akan hilang? Saya xleh tdow ni.saya nak tidur

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah tidur, seperti:
- Masalah psikologi
- Kemurungan
- Keresahan
- Insomnia
- Berfikir terlalu banyak
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca sebenar anda mengalami masalah tersebut. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.