
Sulit
3 tahun
Malasah depression dan anxiety
Hi doc. Saya ada masalah depression. Kemurungan, saya pernah sebelum ni jumpa doktor di hospital dan doktor bagi saya ubat, lepas beberapa makan ubat saya okay. Tapi sekarang still dia datang balik. Kalau saya sornag sorang saya akan nangis tiba tiba tanpa sebab. Saya ada masalah keluarga bercerai dan masalah boyfriend saya. Tapi kalau saya kerja saya tak boleh nak focus, and even tengah ramai dengan orang saya still rasa diri saya sorang sorang. Sebelum ni saya tak boleh tidur malam selama seminggu. Saya selalu menangis sampai nak buat benda bukan bukan

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kemurungan dan anxiety. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- Perubahan hormon
Namun gejala ini boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:
- Anxiety
- Kemurungan
- Skizofrenia
- Penyakit bipolar serta psikosis
- Penyakit kemurungan serta psikosis
Oleh kerana gejala yang anda hadapi berkait dengan psikologi anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut dalam hal ini.
Sekiranya anda memerlukan sokongan emosi ataupun moral, anda boleh meluahkan perasaan anda kepada rakan-rakan atau orang yang dipercayai dan memahami keadaan anda ataupun menghubungi pihak Befrienders ataupun talian mereka, 03-76272929.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar psikiatri