aziz10j4
3 tahun
Masaalah selepas pembedahan tonsil
Saya telah menjalani pembedahan tonsil empat hari yg lalu.
Pagi tadi saya rasa bhg kiri sakit. Dgn guna lampu suluh dan kamera saya dapati terdapat benda putih spt batu tonsil dibhg yg dibedah. Blh bagi ulasan.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, batu tonsil merupakan perkara yg boleh dikatakan lazim berlaku kepada semua orang. Punca terjadinya masalah ini adalah seperti berikut:
- Keradangan tonsil
- Jangkitan kuman pada tonsil
- Kekotoran mulut yang terlekat pada tonsil
- Sisa makanan
Selain itu, selepas pembedahan tonsil anda tidak digalakkan untuk menyentuh atau berbuat apa-apa pada tonsil anda kerana ia boleh pecah dan membahayakan kesihatan anda sekiranya terdapat kuman yang memasuki saluran darah.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.