Sulit
3 tahun
Masalah badan Bongkok & cara rawatan yang sesuai untuk rawatan
Saya berumur 33thn dan saya mengalami masalah badan bongkok…ada cara untuk mngatasi masalah bongkok?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu badan bongkok. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti skoliosis, spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
Namun, untuk menilai darjah kebongkokkan, perlu dilakukan pemeriksaan radiologi seperti Xray sebelum ditentukan kesesuaian memakai back support ataupun alatan lain. Justeru, anda harus merujuk masalah ini kepada doktor pakar tulang (ortopedik) untuk pemeriksaan lanjut.
Bagi mengatasi masalah ini, anda dinasihatkan untuk
- Membuat senaman dan regangan yang betul.
- Mengamalkan postur duduk, berdiri, berjalan dan berbaring yang betul
- Mengurangkan berat badan
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih