
Sulit
3 tahun
Masalah berkaitan futsal
Adakah selamat untuk saya bermain futsal pada masa kini ataupun perlu menunggu fasa endemik untuk bermain futsal bersama rakan-rakan saya. Sedangkan futsal dibuka hanya untuk individu yang lengkap vaksinasi, namun ibu bapa saya tidak membenarkan untuk bermain futsal dengan alasan perlu tunggu fasa endemik. Apakah jawapan doktor berkaitan dengan masalah saya? (maaf tiada kaitan dengan masalah kesihatan) .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, SOP mengenai pembukaan tempat beriadah telah dipertimbangkan oleh MKN (Majlis Keselamatan Negara). Kami menyarankan selagi anda bertindak mengikut SOP yang sepatutnya, risiko jangkitan Covid-19 boleh dikurangkan.
Namun begitu, penjarakan sosial masih lagi penting dalam mengelak jangkitan wabak. Jauhi tempat yang terlalu sesak serta individu yang mempunyai sejarah kontak rapat yang sedang menjalani kuarantin. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini